Assalamualaikum..
hallu,..
tajuk entry kemain macam Train To Busan...
meh nak share tips dan tempat2 menarik yang boleh dijadikan destinasi lawatan untuk murid-murid sekolah...
ok, ni aku nak cerita yang aku first time jadi penyelaras lawatan tahun 6...
tak ada angin, tak ada ribut, tetibaaaa je nama aku elok terletak dalam buku pengurusan sekolah 2016. awal tahun lagi aku dah tau nama aku dkat bahagian lawatan..aku redha je wlaupun hakikatnya memang aku tau tugas makin bertambah..
so, aku pon dengan bahagia nya tak buat apa2 walaupun sesekali bnde ni macam angin lalu dalam otak aku..
sampailah pertengahan bulan June, GPK Hem jumpa aku..
"safinas, lawatan tahun 6 macamana? nanti awak update saya ya.. kertas kerja dah nak kena hantar ni sebab UPSR pon dah xlama lagi"
bermula lah episod gugel sana sini nak cari tempat lawatan dan prosedurnya..
So, dari situ bermula lah sikit2 aku plan pasal lawatan ni..
Setelah beberapa siri episod gugel, aku finally decide nak pergi KL, Putrajaya & Melaka jadi tempat lawatan kali ni.. GPK Hem aku setuju je cadangan aku..
tempat yang menjadi pilihan ialah :
1) Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
2) Petrosains , KLCC
3) Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan, Melaka
Segala tempahan untuk tempat, makan & penginapan aku buat thru email & phone call je..
Alhamdulillah semua tempahan yang aku buat clear tanpa ada masaalah.
untuk FRIM, aku email mohon quotation lepas aku bagi details program.. contohnya tarikh program, bilangan peserta, aktiviti yang nak dijalankan... email lepas tu call bahagian admin dan maklumkan pasal email tadi.. Alhamdulillah urusan dengan pihak FRIM sangat2 mudah dan mesra.. Untuk lawatan kali ni aku pilih untuk buat aktiviti Canopy Walkway & Treasure Hunt... Plan asal nak naik canopy walkway..tapi aku baca dekat website FRIM, pihak FRIM dah limitkn pengunjung yang boleh naik canopy walkway tu hanya 60 orang sehari.. Since kitorang ada 88 orang, jadi terpaksalah group lawatan kitorang ni dibahagikan kepada 2 group.. 44 buat canopy walkway, 44 orang lagi buat treasure hunt.. tempahan sarapan pagi & makan tengah hari pun aku order dekat kafe dalam FRIM tu je.. convenient kan.. Bayaran untuk aktiviti FRIM aku buat transfer je dekat bank account FRIM.. x payah bawak cash..(mengurangkan risiko seboleh mungkin) . Duit makan je aku bayar cash sebab bayar direct dekat owner cafe tu..
Untuk Petrosains pulak, sebenarnya ni plan last minute sangat.. sebab plan asal nak naik Skyride Balloon, Putrajaya.. tapi last minute jugak i awas informed that balloon tu still under maintainance.. aku agak buntu jugak nak ganti aktiviti tu dengan aktiviti lain.. last2, borak dengan colleage tepi meja aku.. dia bagi cadangan ke Petrosains.. sebab katanya 'budak2 mesti seronok.. so sepantas flash jugak aku email & call admin Petrosains nak booking.. mujur dorang nak terima permohonan kitorang ni.. Petrosains offer special rate untuk sschool trip cenggini.. lagi murahlah..
and..tempat terakhir yang ada dalam list program ni ialah Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan... tempat ni pon aku dapat tau melalui aktiviti mengugel..semua urusan mintak quotation, permohonan, tempahan semua dibuat thru email & call jugak.. dan urusannyaaaa sangat2 mudah..
dkat sini aku tempah penginapan untuk 1 malam, pakej aktiviti abseiling & flying fox dan tempahan untuk sarapan pagi & makan tengah hari...
overall, urusan inquiry, tempahan , quotation memang tak ada masalah.. and yes, kita akan kerap buat phone calls untuk make sure everything berjalan seperti yang dirancang...
as for now aku share tips dulu..
best atau tak tempat2 ni, nanti aku cerita dekat next entry hokayyyy...
harap entri purba aku ni dapatlah bagi rough idea dekat bakal2 penyelaras lawatan yang novis macam aku ni.. yang dah bertahun2 handle lawatan tu carry on lah dengan style korang k...
till then,
c ya!
hey..it's my life.. =D
a chatter box!
Tuesday, October 18, 2016
Wednesday, October 12, 2016
Petua Handphone Masuk Air
halluuu...
Haaaaa... tengok tajuk je dah nak gelak...
haaaaa...yang tak kena bolehlaaa gelak, cuba kena dekat orang yang memang gugel tips sebab handphone baru je berendam dalam air lapanbelas saat yang lalu...
nangis sambil gugel beb!
meh ahkak nak cerita..
Once upon a time ago... bulan Februari, masa tu tengah cuti raya cina..
kitorang satu family pegi holiday dekat Primaland Port Dickson...
Not bad la tempat dia.. especially untuk budak2 sebab dia ada waterpark yang agak besar...
so, lepas check in je, tak cukup kaki tangan..
terus menggelupur nak terjun masuk air...
waterpark dia besaq baq ang..plus ada tempat yang agak dalam untuk budak2..
so, petang tu secara berjemaah kitorang pegi waterpark dia..
aku pon gatal bawak handphone dengan sun block masuk dalam pocket trackbottom aku...
padehal boleh je tinggal dalam apartment sebab dah tau nak masuk air kan...
nak dijadikan cerita, sampai waterpark aku ddk tepi tebing lagi, usha2 dulu...
tak lama lepas tu anak2 buah aku dah masuk kolam.. aku pon menggeletis la nak join sekaki...
dengan riangnya aku pun terjun masuk air...
air kawasan tu ada lah paras dada...
dalam 5 minit berendam, tiba2 akak aku cakap "weh, sunblock kau terapung la"
automatic, otak aku tak pikir sunblock lagi dah.. aku teringat handphone aku ada dalam poket sebelah kiri!!!!!!!!!
aku rasa time ni neuron aferen dengan eferen (cikgu Bio & lecturer anatomi aku mesti bangga) macam nak tercampak keluar dari otak...
aku bawak keluar handphone dari dalam pocket... still hidup time tu..
bawak pegi tebing, aku bukak casing, keluarkan battery.. biar dia barai gitu..
aku bukak semua sebab sebelum ni handphone satu lagi pernah mandi dalam baldi mop..
and aku pon pernah gugel apa nak buat bila handphone masuk air...
hahaha...
memang terserlah la ke clumsy an aku...
*i need more ginko!!!!*
memory decay betul2 berlaku dkat diri aku..
lpas dah baraikan handphone, aku sambung mandi... tapi sumpah rasa nak nangis sebab aku tau aku kena expect the worse...
masuk air wei! bukan masuk angin!!!
handphone ni aku baru pakai sebulan.. tak puas pakai pon lagi...
naik apartment balik, aku trus lap handphone tu..lpas tu masukkn dalam beras.. biar je casing & battery dekat luar.. jangan sesekali cuba nak on kan ok... kalau ngkorang ON kan..thats it laaaa!
boleh ucap selamat jalan romeo hanya untukmu sayang...
aku biar handphone dalam beras for about seminggu... hati memang meronta nak on kan hp tu nak tengok ok ke idok.. tapi percayalah,biar je dalam seminggu, kambus deep2 dalam beras, dalam keadaan menegak..
1minggu berlalu...
segala bismillah ko akan baca dengan harapan handphone tu elok macam sebelum ni...
maka, aku pon on lah handphone...
taarraaaa!!! bila on je, skrin handphone aku jadik zebra.. berbelang hitam & putih..
so dari saat dan ketika itu aku tau handphone aku dah jahanam!!!!
haritu jugak pegi segala kedai handphone yang ada dekat Kluang ni nak tanya la kot2 boleh repair..
tapi hampehhhh.. semua kedai yg aku pegi cakap kalau dah masuk air, kirim salam je..
ada yg cakap tukar skrin.. which will cost u abou rm200-rm300..motherboard rosak la.. ada yang suruh beli baru.. ko gile! aku baru beli sebluan kotttt
aaaaaaaa...nak nangis!!
since haritu, aku dah give up..
aku pon dah termakan "racun" yang orang2 kedai handphone ni bagi..
mindset aku handphone masuk air = ucap selamat tinggal je laaa..
february berlalu..mac tiba, april berlari pass baton ke may, dan akhirnya jun berjaya sampai ke finishing line...
selama tu jugak la aku simpan handhone tu dalam arkib bilik aku..
kire aku dah anggap macam artifak laaa ( aku cikgu sejarah wei!!)
bulan puasa..
lagi 2 minggu nak raya..
aku tergerak hati nak "ON" kan balik...
aku pon ON lah hadphone...
bedebo weii!
tarraaaa! handphone aku idop and skrin tak berbelang dah.. keluar simbol android ( ye aku pakai android la, ipong tak mampuuuu)
nak melompat je rase!
berkat ramadhan...
dalam 5 mnit, handphone aku idop sempurna dengan condition yang sama sebelum mandi sunat dalam waterpark tu.
so aku assume dah ok... soknye aku tgah belek2 handphone..pop up satu notification suruh aku update android..
"pap" aku terus tekan tanpa berfikir..
"pap" jugak handphone aku shut down...
pehal pulak ni.. aku on balik..
kali ni ah tak ada simbol android biasa yang keluar.. tapi
keluar gambar ni ...
ahhhhh sudahhh...
pasepa pulak menatang adnroid ni tebongkang macam tu.. tak pernah tgok pon..
aku pon ape lagi... gugel la pasal ni..
rupenye mnatang ni jadi cmni sebab aku hit button update tadi...
puas aku godek segala tutorial nak overcome problem ni.. tapi hampehhh, satu pon tak menjadi...
so, aku pon bawak gi kedai, kedai asal aku beli handphone ni mati haram dok kata tak boleh repair.. tak habis2 dia kata bnde ni jadi sebab masuk air..
aku geram gak...
balik kluang, aku gi kedai handphone dalam BCB( kluangman mesti tau BCB ni)
tanya dengan mamat tu, dia kata dia try repair..katanya bnde ni jadik sebab internet tak cukup kuat masa update android tu..
dia kata len kali nak update, make sure guna wifi.. even kuota internet ko 88GB, mungkin tak mampu support..mamaat tu cakap kos repair bnde ni RM80.00
so, aku pon setuju laaaa...
mamat tu cakap dalam sehari boleh siap..
esoknya aku telefon, dia cakap tak siap lagi..lambat pulaaakkk..tapi takpe, nak handphone ok punye pasal..
bila dia cakap macam tu je terus berbunga2, aku target msti boleh repair, sebab kalau tak msti dia dah cakap awal2.. (padehal nak sedapkan hati je)
lepas 3 hari baru mamat tu call cakap DAH SIAP!!!! boleh datang ambik..
perghhh...
tak jejak tanah je rase dia...
sampai sekarang, dah bulan Oktober, alhamdulillah, handphone ni sihat walafiat...
so, untuk korang yang terngah bermuram durja sebab handphone masuk air tu, don't cry a river hokeh!
chill,
nasib2 handphone korang boleh join jadi ahli kelab persatuan handphone "masuk air"
yang tak pernah kena, jaga handphone bebaik ye..
till then..
cya!
P/s: tiga tahun tak hapdate blog, sekali hapdate, cramp mata oi!
Monday, October 10, 2016
The ultimate comeback....
Assalamualaikum...
hallu....
Bila tengok balik last post was 3 years back... i guess i ve taken a well earned break away from this blog cabuk. A break which has somehow literally turned into a lengthily absence. Phewwwww... Duk ralit sangat blog walking sampai mereput blog sendiri.... hahaha...
Sejujurnya..ku tak bisaaaaa...
hidup tanpa ada kamu, aku gilaaaaa...
hahahaha..for the past 3 years, seriously memang rasa awkward, rasa something wrong somewhere, rasa gatal tangan nak post new entry...
Tapiiiiiiii... tu lah janji dicapati coz now food is my second name... hahaha...
Hopefully keinsafan aku jadi rajin nak hapdate blog ni tak jadi acah2 hangat-hangat ayaq hangat...
p/s: tak tau la pasepa aku duk tringat lagu Vespa Haji Samad..
sapa tau lagu ni?? hiburan zaman kanak2 aku dulu..
Hallo miss Halloo miss
vespa Haji Samad...
tayaqnya lincin macam piqging ayaq hangat...
stat tak jalan dia naik hangat
lalu djuai juai pada Tok Saad...
Till then..
c ya!
Monday, February 25, 2013
tips panjang umur , murah rezeki & sihat walafiat
assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...
hallu heli saudara saudari cikebum cikebum..
tajuk entri aku kali ni ade iras2 entri jameela pulak dah..
haaaa...
ok..ni nak story mory..
semalam aku berpeluang attend ceramah Ustaz Badli Shah dekat 2 tempat..
pagi dekat Masjid Kg Melayu.. malam pulak dekat Surau Kg.Paya..
dah mcm peminat fanatik..
xla..bukan ape..just xnak lepaskan peluang dengar ceramah org2 yang luas ilmunya..
Ustaz Badli Shah atau nama manja yg mak aku bg Ustaz Bad ni selalunya tengok dkat Tv je..
ni jumpe live..
rugi oooo..
tapi ni bukanlah kali pertama jumpe dia..
tahun lepas pun Ustaz Bad ade datang Kluang..
kirenye Ustaz ni mmg feveret org kluang laaa..
Ustaz Bad ni memang sempoi...
dia deliever ceramah dia buat mata kite kalau boleh xnak kelip..gelak sampai tersedak.. ( hahah.. over eh kau!)
dalam 2 siri ceramah Ustaz Bad ni..
aku rasa terpanggil nak share salah satu input ceramah dia..
ok.. siapa yang x nak umur yang panjang, murah rezeki & sihat betul?
memang lah semua tu urusan Allah..tapi kita sebagai manusia, tak salah kalau berusaha / ikhtiar..
cuba kita tengok..
kebanyakkan Sultan2 atau Raja2 di negara kita ni panjang umurnya kan??
tengok negeri Pahang, Kedah,Kelantan dan yang sewaktu dengannya..
sultan2nya average 60 tahun ke atas..
ape agaknye rahsia Tuanku2??
rahsianya... minta orang lain doakan kita selalu...
haaaa... kau mampu??
Sultan Johor contohnya..
adalah Sultan yang didoalan kesejahteraan, kemakmurannya setiap hari..
tak percaya??
pkl 12 mlm ni nanti.. pergi bukak radio Best 104...
Datuk Noh Gadut (sapa x kenal Datuk Noh Gadut..pi gugel..jgn malas buat homework!!) akan bacakan doa untuk Sultan, Sultanah, TMJ,kaum kerabat negeri Johor..
* korang try dengar Doa yg dibaca oleh Datuk Noh Gadut... suara dia..mak aih! macam kena karen segala bulu roma..
bagi negeri2 lain..
setiap hari Jumaat.. akan dibacakan doa untuk D.Y.A.M Yang di-Pertuan Agung dan Sultan2 semasa Solat Jumaat..
(aku xpergi solat Jumaat..tapi aku tgk tv laaa)
tu belum masuk Sultan2 mencemar duli pergi apa2 event..
trun heli doa..
ketibaan dalam dewan doa.
.nak bersantap doa..
nak berangkat doa lagi..
bayangkan..
berjuta juta lemon rakyat jelata aminkan doa tu..
takkan lah dalambnyak2 tu..satu pun Allah x makbulkan..kan??
sedangkan jika ada 40 orang yang berdoa pun Allah boleh makbulkan..
nampak x rahsia tu ada kebenarannya...
tu Sultan2..Raja2..
mereka didoakan oleh rakyat jelata...
kita ni??
siapa yang boleh doakan kita mcm tu??
anak2 pun belum tentu doakan untuk ibu bapa nya kan...
habis tu nak buat mcmana??
xkan nak pergi pasar malam..bawak mic..suh orang doakan kesihatan, kesejahteraan kita kan?
cara yang paling simple...
setiap kali jumpe sesama Islam.. bagi lah salam...
ape kaitan bagi salam dengan panjang umur? murah rzeki? sihat?
haaaa.. ucapan ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH tu kan maksudnye "Salam Sejahtera Keatasmu, Dan Rahmat Allah Keatasmu serta Barakah Allah jua atasmu"
kan ke doa tuuu..
sebagai peringatan pada diri sendiri & jugak kepada readers (kalau ada..kalau xde, bebel sensorang laa jawabnye) ..
jadikan bagi salam & menjawab salam tu amalan dalam kehidupan seharian kita...
bahkan..Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa seandainya kita jumpa orang yang sama 2/3 kali.. berilah salam SETIAP kali kita berjumpa..
bagi yang nak bg salam dalam SMS..
jgn lah buat version salam korang sendiri..
SALAM, SEMEKOM, ASKUM, A'KUM....
ape?? ni nak panggil hantu kum2 ke ape??
kalau malas nak type ASSALAMUALAIKUM ..
guna lah AS SALAM... maksudnya sama..
sekadar perkongsian tips..
jodoh,maut,ajal,rezeki ni semuanya ketentuan Allah..
p/s: yg merapu tu aku pnye perasa tambahan..hehe.. *teringat makan kerapu dekat senibong*

Subscribe to:
Posts (Atom)