hey..it's my life.. =D

a chatter box!



Tuesday, December 20, 2011

jaundice among infant...

hallu..


entry ni patutnye da lame aku update..
but still..
aku bz jdik babysitter + midwife + doctor + bibik sepanjang cuti sem ni..


ok..aku bg amaran..entry aku ni berbau unsur2 "parenthood"
hahaha....
 dah buang tebiat ke hape?

abis laaa... blog aku da jdik blog utk golongan mak2 plak pas ni..
ahhaha..
ok ape...
since senior2 aku rmai yg baru kawen..
bley laaa nk jeguk2 blog ni kan..
ala...
yg single mingle cm aku ni klu nk usha pn ape salahnye kan..
 ilmu nadi kejayaan!! hoyeh!


ok... Harraz telah dijangkiti jaundice masa umur 2 hari..
dah mula ade nmpk kuning pada kepala dan dlm mata ( putih mata mula nmpk wrna kuning cair)

so..since adik brother in law aku doctor yg tgh buat housemanship...
dia suggest pergi hospital , buat blood test utk tgk kandungan bilirubirin dlm darah baby..
so..after blood test.. bilirubirin count harraz below 200..( unit ape ntah ..aku pn xingat)
doctor bagi balik rumah..
kalau paras bilirubirin above 200 mmg kne admit wad and diberikan rawatan fototerapi ( yg ddk bwh lampu tu)

dsebabkan x sampai hati nk tgk Harraz kne admit and ddk bwh lampu tu .. mak aku try usaha mcm2 utk kurangkan kuning baby..
so..ni aku nk share lah tips2 utk kurangkn kuning pada baby ni..
( doesnt mean that aku x menafikan rawatan hospital.. just carik alternatif  utk kurangkn kuning baby)
frankly speaking..family aku bukan jenis yg sakit sikit pergi jmpe bomoh.. we prefer hospital treatment as we know certain illness mmg xlogik klu pergi berubat dgn bomoh.. but still..i do believe the presence of  syaitan n jin.. xpyh laa demam sikit pergi carik bomoh bagai..bace jampi serapah yg mnyimpang kelaut tu..
klu berubat dgn kaedah mcm Darul Syifa' tu lain lah kan.. dan tentu2 pkai ayat2 Quraan..
wallahualam..)

ok..
ape tu jaundice?
 jaundice jgn dkenali sbagai penyakit kuning..
"
   Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri .Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. ( warna kuning jelas kelihatan pada kulit ) .Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur " 
ape punca jaundice ni?
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. 
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang  berlainan. 
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran  
so...boleh dikatakan this issue is very common among infant..


ckp mmg senang..
tp bile kne kat anak sndiri or dlm konteks aku ( my nephew) mmg kite rase sedih tengok baby kne jaundice ni..
eventhough dia xla nangis2..
tp kite taw dia struggle sbb most of organs baby belum ckup mature..


ok..jaundice ni pn ad kategori2 nya..


jenis2 nya ialah : ( intonasi  mcm nak  umumkan calon2 anugerah skrin  hokay )


  1. Jaundis Normal/Physiologic 
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang. 
  1. Jaudis Pathologic
Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.

  1. Jaudis Susu Ibu
       Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh        membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian.  Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.



so.. for harraz..
dia mngalami jaundis normal / physiologic..


at first ..mak aku try mandikan dia dgn bunga kuning yg beli dkat kedai sengsei ( cmni ke ejaan dia?)
mandi cm biasa..cume bilasan terakhir tu guna air bunga ni dan xpyh bilas baby dgn air biasa.. pastu bley trus lap kan baby..


lpas tu ada cousin aku ckp mndi dgn air rebusan daun kucai..
habis smua kucai aku borng dkat pasar segar SS19 tu...
smpai uncle kedai pn tnya "mau masak ka"?
hahaha..


but still..bley nmpk lg kuning dlm mata Harraz..


so..bile balik kluang..
nurse datang rumah..
dia check baby..
dia ckp yup..ade sikit kuning..tp kne pergi buat blood test jgk..
sian Harraz..melalak2 time kne cucuk..


nurse ckp..jgn stop breastfeed baby..
every 2 hours kejut n susukan baby.. ( baby with jaundice akn tdur lena and susah nk kejut suruh mnum susu) kne sabar n try lapkan muka baby dgn tuala basah to wake them up.. jgn biarkn baby tdur je.. )
lg bnyk baby mnum susu ibu..lg cp bley recover..
plus..jgn panik baby "poo" bnyk..
kuning akn kluar through it..

mak aku ade jgk jemur Harraz time matahari pagi..
bkn lah jemur mcm jemur baju tu...
dlm pkul 7.30 / 8.00 pagi ( matahari skrg terik..so awal2 matahari naik tu boley la)
bogelkan baby ( pkai pampers je..bwk dia jalan kt luar rumah.. ttp mata baby dgn tuala lembap)
xpyh lame2..dpt dlm 5/10 minit pn dah ok..


petua yg satu lagi dtgnye dari jiran chinesse blkg rumah..
dia ckp..ank dia dlu bg mnum 2/3 drop air dari anggur hijau ( picit n kluarkn air anggur hjau tu)
ingat 2/3 drop je.. jgn lelebih plak...
ulang 2 kali sehari..

the next day pergi buat blod test lg nmpk turun sikit bilirubirin count dia..
from 9.9 to 9.0...
alhamdulillah..wlaupn trun skit at least he getting better kan..


but still..nurse ckp..klu boley bagi trun smpai 5 baru btol2 ok..
ape2 pon effort kite..jgn stop breastfeeding sbb susu ibu tu yg akn bantu baby ...
alternatif yg kita buat tu as sampingan utk bantu kurangkan kuning tu je..
the main point here is..susu ibu lg super power...

dalam pada tu..aku x brenti google kat internet pasal tips2 nk rawat jaundice ni..
and i came to know that org kata tebu hitam boleh bantu ubatkn jaundice..
so..pnye lah keliling 1 taman ni carik tebu hitam ( biasenye rumah chinesse ade tanam tebu hitam ni )
nsib baik jiran aku ade kebun..dia ade tanam tebu hitam ni..
so..titiskan 2/3 titis air tebu hitam dlm mulut baby.. ( baby suke..sbb manis! ) hahaha
aku ulang...2/3 titis je.. jgn lebih2..

buatlah dlm 2 kali sehari..


selang 1 hari..pergi hospital lg..
blood test shows a good result.. ( drpd 9.0 trun 5.0 )
alhamdulillah..dah x pyh dtg lagi..
dah ok..
just maintain breastfeed..





mata putih Harraz pn dah ok balik..
happy rasenye..
dia pn da kurang tidur..asyik nak main je..

dkat 1 mnggu lebih jgk laa utk Harraz btul2 recover dr jaundice..

mcm2 pendapat / tips yg aku dpt drpd internet & org2 kat sekeliling aku..
alhamdulillah..
kite berusaha je lah..selagi termampu..
doa dan tawakal lah lepas tu..
insyallah..diizinkan ALLAH..



                                           * baru lpas mandi..nyaris2 buat "peace yaww"!!


so to new mother / father..don't panic...
yg paling penting..
susukan baby dgn kerap..
susu ibu mmg yg paling terbaik..
ubat yg paling mujarab utk baby..




ade org kate bg baby mnum susu kambing... ( jiran aku ckp)

mak aku pn pergilah beli..yg fresh pnye..
tp bile bwk balik..makcik aku ckp susu kambing ni panas.. xbaik utk baby..
and ade org ckp usus baby boley rosak..
waallahualam..
so..mak aku pn xjadik laa kasik..
penyudahnye..
ni haaa..aunty harraz yg mnum ..
=)


so..cmtu lah lebih kurang ( cm terlebih je) cara ktorg brhadapan dgn baby with jaundice..
maybe lain baby lain rawatan yg sesuai kan..
ape2 pon..klu nmpk baby ade kuning..cpt2 refer hospital..
jgn tnggu lama2..

nantikan entry psl colicky baby plak pas ni..
( aku msih dlm mood babysitter + midwife+ doctor + bibik+ aunty+ mcm2 lagi.. )




till then..
c ya!