Assalamualaikum..
hallu,..
tajuk entry kemain macam Train To Busan...
meh nak share tips dan tempat2 menarik yang boleh dijadikan destinasi lawatan untuk murid-murid sekolah...
ok, ni aku nak cerita yang aku first time jadi penyelaras lawatan tahun 6...
tak ada angin, tak ada ribut, tetibaaaa je nama aku elok terletak dalam buku pengurusan sekolah 2016. awal tahun lagi aku dah tau nama aku dkat bahagian lawatan..aku redha je wlaupun hakikatnya memang aku tau tugas makin bertambah..
so, aku pon dengan bahagia nya tak buat apa2 walaupun sesekali bnde ni macam angin lalu dalam otak aku..
sampailah pertengahan bulan June, GPK Hem jumpa aku..
"safinas, lawatan tahun 6 macamana? nanti awak update saya ya.. kertas kerja dah nak kena hantar ni sebab UPSR pon dah xlama lagi"
bermula lah episod gugel sana sini nak cari tempat lawatan dan prosedurnya..
So, dari situ bermula lah sikit2 aku plan pasal lawatan ni..
Setelah beberapa siri episod gugel, aku finally decide nak pergi KL, Putrajaya & Melaka jadi tempat lawatan kali ni.. GPK Hem aku setuju je cadangan aku..
tempat yang menjadi pilihan ialah :
1) Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
2) Petrosains , KLCC
3) Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan, Melaka
Segala tempahan untuk tempat, makan & penginapan aku buat thru email & phone call je..
Alhamdulillah semua tempahan yang aku buat clear tanpa ada masaalah.
untuk FRIM, aku email mohon quotation lepas aku bagi details program.. contohnya tarikh program, bilangan peserta, aktiviti yang nak dijalankan... email lepas tu call bahagian admin dan maklumkan pasal email tadi.. Alhamdulillah urusan dengan pihak FRIM sangat2 mudah dan mesra.. Untuk lawatan kali ni aku pilih untuk buat aktiviti Canopy Walkway & Treasure Hunt... Plan asal nak naik canopy walkway..tapi aku baca dekat website FRIM, pihak FRIM dah limitkn pengunjung yang boleh naik canopy walkway tu hanya 60 orang sehari.. Since kitorang ada 88 orang, jadi terpaksalah group lawatan kitorang ni dibahagikan kepada 2 group.. 44 buat canopy walkway, 44 orang lagi buat treasure hunt.. tempahan sarapan pagi & makan tengah hari pun aku order dekat kafe dalam FRIM tu je.. convenient kan.. Bayaran untuk aktiviti FRIM aku buat transfer je dekat bank account FRIM.. x payah bawak cash..(mengurangkan risiko seboleh mungkin) . Duit makan je aku bayar cash sebab bayar direct dekat owner cafe tu..
Untuk Petrosains pulak, sebenarnya ni plan last minute sangat.. sebab plan asal nak naik Skyride Balloon, Putrajaya.. tapi last minute jugak i awas informed that balloon tu still under maintainance.. aku agak buntu jugak nak ganti aktiviti tu dengan aktiviti lain.. last2, borak dengan colleage tepi meja aku.. dia bagi cadangan ke Petrosains.. sebab katanya 'budak2 mesti seronok.. so sepantas flash jugak aku email & call admin Petrosains nak booking.. mujur dorang nak terima permohonan kitorang ni.. Petrosains offer special rate untuk sschool trip cenggini.. lagi murahlah..
and..tempat terakhir yang ada dalam list program ni ialah Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan... tempat ni pon aku dapat tau melalui aktiviti mengugel..semua urusan mintak quotation, permohonan, tempahan semua dibuat thru email & call jugak.. dan urusannyaaaa sangat2 mudah..
dkat sini aku tempah penginapan untuk 1 malam, pakej aktiviti abseiling & flying fox dan tempahan untuk sarapan pagi & makan tengah hari...
overall, urusan inquiry, tempahan , quotation memang tak ada masalah.. and yes, kita akan kerap buat phone calls untuk make sure everything berjalan seperti yang dirancang...
as for now aku share tips dulu..
best atau tak tempat2 ni, nanti aku cerita dekat next entry hokayyyy...
harap entri purba aku ni dapatlah bagi rough idea dekat bakal2 penyelaras lawatan yang novis macam aku ni.. yang dah bertahun2 handle lawatan tu carry on lah dengan style korang k...
till then,
c ya!
Nanti saya baca.
ReplyDeleteMungkin menarik ni.
Harap2 tak lupa.